Rekod data peribadi yang didaftarkan dan disimpan dalam aplikasi Al-Wasiyyah dapat digunakan sebagai bukti rujukan kepada peguam atau wakil yang menguruskan harta dan aset pengguna jika berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku kepada pengguna di masa hadapan. Sebagai contoh jika berlaku kematian, Wasiat, hutang, bank akaun, harta pemilikan yang didaftarkan dan disimpan sebelum kematian boleh digunakan sebagai rujukan untuk waris, peguam atau wakil pengurusan harta pengguna untuk menguruskan harta tersebut dengan baik.
Al-Wasiyyah memberi status terkini dengan rekod terkini yang telah didafatarkan di dalam aplikasi yang memberi info tentang pengurusan dan pergerakan harta pengguna yang boleh mencetuskan perasaan pengguna untuk terus mengembangkan harta beliau. Sekaligus dapat memberi kesedaran dan idea baru untuk mengembangkan harta kerana data harta yang berdaftar dan data kewangan yang disimpan di dalam aplikasi hanya boleh diurus oleh pengguna sahaja.
Jika anda belum mempunyai akaun Al-Wasiyyah, muat turun Al-Wasiyyah dari Apple Store - App Store, Play Store dan di halaman muat turun aplikasi di laman web Al-Wasiyyah dan klik Buat Akaun. Anda boleh mendaftar menggunakan alamat e-mel anda. Mendaftar dan membuat akaun Al-Wasiyyah adalah percuma. Selepas anda mendaftar, pastikan anda melengkapkan akaun anda.
Sila lawati halaman langganan dan pembayaran untuk melanggan aplikasi Al-Wasiyyah yang hanya boleh dilakukan secara online banking sahaja. Di halaman langganan terdapat info terperinci tentang pembayaran secara online banking.
Jika anda ingin membatalkan akaun anda, sila e-mel kepada kami dengan permintaan anda di admin@alwasiyyah.com, nyatakan alasan anda dan kami akan memproses permintaan anda secepat mungkin
Sekiranya pengguna didapati meninggal dunia. Kami akan menghubungi waris terdekat yang didaftarkan di dalam aplikasi Al-Wasiyyah pengguna untuk memberi kata laluan aplikasi ini. Jika waris terdekat tidak dapat dihubungi, kami akan menghubungi peguam yang didaftarkan di dalam aplikasi Al-Wasiyyah untuk memberi kata laluan aplikasi ini.
Hanya waris terdekat yang didaftarkan di dalam aplikasi Al-Wasiyyah sahaja yang boleh mengakses data pengguna.
kami boleh kenalkan anda kepada syarikat yang menguruskan wasiat atau rakan kongsi kami yang pakar dalam menguruskan harta. hubungi kami melaui whatsapp atau telegram dengan nombor telefon yang tertera di bawah. Kami akan membantu anda dengan baik dan sebaik mungkin.
Sila gunakan papan maklum balas awam kami, yang sentiasa dipantau oleh pasukan kami. Walau bagaimanapun, jika anda mendapati sesuatu tidak berfungsi dengan betul, sila hubungi kami dengan nombor yang tertera di bawah dan bukannya menggunakan papan maklum balas
- Aliah Shafiqah on Maklum Balas